Friday, February 27, 2009
Tia demam......
Dalam hujan2 aku ngan che nafis anta tia g klinik.. sib baik dr. ade.. maklumlah klinik kat sini mmg camtuh.. xtentu...
lepas makan ubat.. dia oklah.. tp selera makan menurun.. huwaaa mak dia yang risau sesangat... berat mesti turun lagi...
tapi memang sian sgt kat tia.. sbb nilah demam paling teruk sepanjang hidup dia... tido mlm kejap2 aku terjaga sbb takut demam dia mkn teruk.. tp Alhamdulillah.. walaupun demam dia still ligat main... tia.. tia...
Harap2 dia lekas2 sembuh dan selera makan bertambah...
Muahhsss for tia.. Luvs n hugs
Sunday, February 22, 2009
Kerisauan hati seorang ibu......
Tia tu memanglah lahir 2.6kg jer...tp 6bln pertama dia still maintain... tp start masuk bln ke-7 dia xnak mkn bubur lagi.. benda2 lembikpun xmo.... risau aku.. sepatutnya tahap camtuh kena kisar halus mknannye tp dia xmo mkn.. so aku kisar kasar je untuk dia mkn.. tupun xberani bg mkn byk2 sbb takut susah nak hadam..
tp skrg dia dah 10bln... bubur /nestum n mknan kanak2 mmg dia xpandang.. dia nk mknan org tua dan suka yg ade rasa... suka masak lemak... suke nasi ayam...suke ade pedas2 sket... abis aku nak wat camne? mmg xsesuai untuk peringkat umur dia.. tp aku bingung... benda lembik2 sume dia xmo... agaknye masa aku peknenkan dia aku ni mmg cerewet bab makan menurun kot kat dia...skrg nih aku xsabar nak tgu dia sethn n dia dah boleh mkn mcm2 dan aku xperlu risau lg.... :p
Monday, February 16, 2009
Tia... Tia...
Thursday, February 12, 2009
Kain putih yang kita corakkan......
cthnya dalam blog http://livingwithqimy.blogspot.com aku selalu rasa teruja nak mengetahui perkembangan anis yang dah nak masuk 3tahun. betapa cerdik dan mature nya dia dlm melalui liku-liku hidup yang baru bermula... maybe Qim banyak mempengaruhi hidupnya.. seluruh hidupnya banyak dihabiskan dengan ibunya yang tak putus2 membentuk peribadinya.. ialah anak ibarat sehelai kain putih untuk kita mencorakkannya... sama ada kita ingin corak yang abstrak maka abstraklah dia.. kalau kita corakkan batik.. batiklah dia... sebab itu.. antara salah satu sebab kegagalan anak2 dalam melayari kehidupan seharian adalah disebabkan oleh ibu bapa..
Perkara ini membuatkan aku sering termenung.. memikirkan adakah aku boleh menjadi ibu yang baik.. sebagaimana aku yg dididik oleh kedua ibu bapaku...?
setiap ibu bapa mau yg terbaik untuk anak2nya...
http://budakkenit.blogspot.com juga memberi aku satu macam rasa... xsabar rasanya nak melihat anakku Tia membesar secerdik anak sedara Awa.. pelbagai gelagat yang mencuit hati yang kita bleh temui di blog ini.. Sebenarnya tumbesaran dan corak pemikiran kanak2 ini boleh dibentuk sejak dari dalam kandungan lagi... sebab tuh aku selalu rasa bersalah pada Tia kerana sewaktu aku mengandungkan dia aku selalu naik angin.. aku xmo tia ikut perangai aku yg satu tuh.. mudah2an tia ikut perangai ayahnya yg cool.. Amin...
Bila aku baca suratkhabar hari-hari mesti ade kes... xkiralah kes bunuh.. rogol.. dan mcm2 lagi.. tp kisah yg aku xleh lupakan adalah kesah adik nutin jazlin bt. jazimin... ngerinya aku.. melihat keganasn manusia.. sesama manusia malah sesama Islam.. setelah menjadi ibu brlah akulebih mengerti erti kasih sayang seorg ibu...mungkin orang lain telah melupakannya tp ibu xkan lupa.. lebih2 lg ia sgt tragis.. Moga2 rohnya dicucuri rahmat.. Amin.. moga2 tiada lg mangsa keganasan spt itu hendaknya...
Sunday, February 8, 2009
Cuti2 Mesia......
Last Week 31/1/09, kami sekeluarga pergi melaka...semua pegi termasuk ayah we & makwe tia... sempena dah lama xcuti n sambut besday ahli keluarga yang lahir bln 12 hingga bln 2.. Achik Daus 1/12, Mak we tia 29/1 ,auntie cay 31/1 n P.Long Dicky 6/2.. Percutian yang bolehlah diberi 4/5 bintang kerana selain dari merapatkan hubungan sesama sendiri.. ia juga bertujuan mencari kengkawan ayah we tia yg dah 20thn lebih xjumpa... hanya berpandukan 'ingat2' dan tanya orang akhirnya kami tiba di rumah pak cik mail pkl 10mlm..
penat giler.. tia dah meragam kepenatan... kesian sikenit nih...esoknye 1/2 sblm bertolak balik barulah kitorang g melawat tempat2 menarik di Melaka.. memang long journey...
Balik johor S.M.I. kerja bertimbun2 , tia n ayah demam... ibu jer yg ok ;p.. tp tia xmeragam sgt.. tp start from that day... activity mesyuarat tingkap ibu terpaksa dikurangkan.. xtaulah sampai biler... rindu ngan kengkawan ibu... :(
Ok continue next post...
Blog baru....
Blog ini ibarat diari yg aku catatkan untuk dia.. agar dia tau yg aku amat menyayanginya... selain itu blog ini juga adalah tempat aku berkongsi rasa bersama rakan2 agar ia boleh menjadi peringatan dan juga panduan dalam membesarkan anak.....
Tiada siapa yang mahu anak mereka kecundang.. walau apapun permulaannya.. setiap orang mahu yang terbaik apabila berada di garisan penamat....